Sunday, April 29, 2012

kata2 semangat

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

  1. Fahami dan hayatilah kata-kata yg penuh hikmah ini....

Sunday, December 25, 2011

Tips Cinta- Cara untuk membentuk dan membina kepercayaan dalam sesuatu hubungan






Kepercayaan amat penting untuk sesuatu hubungan, untuk ianya berjaya. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari pasagan kita dan bukan dalam sekelip mata sahaja kita dapat membina kepercayaan.nak berkongsi sedikit tips untuk anda membina kepercayaan dalam hubungan anda. :)


  1.  Jadilah seorang yang mudah untuk di baca oleh pasangan anda. 

  • Jangan suka melakukan sesuatu secara spontan. Jika terpaksa, beritahu awal – awal pada pasangan anda. Spontan bermaksud anda terlalu cepat mengubah pendirian anda. Semalam anda beritahu pasangan anda bahawa anda ingin membeli komputer, hari ini bila anda bertemu, anda tukar fikiran dan telah membeli laptoP.Lama – kelamaan, pasangan anda tidak percaya pada anda. Ini kerana, sifat anda yang selalu menukar pendirian membuatkan pasangan anda sentiasa ragu – ragu pada anda.

  1.  Beritahu pada pasangan anda bahawa anda inginkan perubahan.


    Hidup ini satu evolusi. Jadi, perasaan anda sentiasa berubah – ubah mengikut keadaan. Anda perlu peka dengan kehendak diri anda. Contohnya anda mempunyai hubungan dengan seorang model. Dahulu anda dapat terima apabila dia bergambar dengan lelaki lain untuk suka – suka. Sekarang, akibat terlalu sayangkan dia, anda mula rasa cemburu. Anda perlu beritahu dengan jujur perasaan anda sekarang pada pasangan anda.
    Jika ia kehendak kerja, anda cakap padanya, anda boleh terima tetapi jika untuk suka – suka anda beritahu terus terang bahawa anda tidak suka.

     Pastikan apa yang anda cakap adalah apa yang anda dengar.


    Fakta di sini adalah jangan sesekali mereka – reka cerita. Anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda dengar, dan hanya berkata berkata – kata berdasarkan fakta. Jangan juga menjadi seorang yang suka temberang. Pastikan ia berlaku, sebelum anda bercerita pada orang lain.

     Percaya pada pasangan anda.


    Jika anda mahu pasangan anda mempercayai anda, anda perlu percaya padanya dahulu. Namun, hendak percaya pun biarlah berasas. Anda perlu kenal hati budi pasangan anda dahulu sebelum anda mula percaya bulat – bulat pada pasangan anda. Namun, jika ada perkara yang mencurigakan, gunakan hak anda sebagai pasangan untuk mengetahui perkara sebenar.

     Jangan simpan rahsia dengan pasangan anda.


    Lepaskan segala rahsia pada pengetahuan pasangan anda. Jika anda serius padanya, anda perlu mempercayai pasangan anda untuk memegang rahsia anda.  Bagaimana pasangan anda nak percayakan anda jika anda banyak berahsia?

kembali lagi~ hai my blog ^^

  •  ohhhhhhhh ^^ rindunyer aku kat blog ni.... hehe ..lama xjenguk and update status kehidupan aku... sorie yer yg aku belum follow tu.. nnti aku follow and geladah page korang... HAHAHA.. now aku tengah berjinak2 buat busines home...INFINITYDOWNLINE.. penah dgr x?? memang berbaloi join bisnes nie... korang mesti rasa tipu and was2 kan,mcmtu juga aku pada mulanya... tp DAH TERBUKTI KEBENARANNYA sbb aku dah merasa hasilnya ^^.. income memang mantap..BG Aku memang berbaloi sb aku dpt buat money hanya dari rumah..smbil tu dpt spent time masa dgn family ..yerla, xder kerja dr dok menghadap lappy tp xdpt apa2 rugi jugak...hehe..tapi aku buka lappy dpt duit.. sekurang2 nya 100 sehari mana nak dptkan?kalah dr gaji aku mkn gaji dulu.. sebulan target 500 ja..tapi lebih dari tu ku dpt.. sejak join ni alhmdulilah..pa yg aku target selama nie dgn mudah aku dpt sekarang :) ..hepi sgt2..dgn dorongan dr family and my husband yang mengalakkan aku join busines nie.. yang penting percaya kepada rezeki :).. rezeki xkan dtg kalau xdicari..usaha mesti ada.. terapkan dlm diri masing2.. nak berubah tapi malas xdpt apa2 gak kan... wahhh..ayattt... motivasi pulak aku nie.. HAHAHA
  •  

Saturday, May 21, 2011

new life

eveybody .... dah lama aku dok menghilangkan? haha.. now aku dah stay kat perkampungan baru, kat sini line mcm siput.. nak online pun susahh, apa2 pu aku hepi bdikari sendiri  .. jadi aku tahu kekurangan n kelebihan dlm hidup aku kan?. tp kat sini sunyi sikit, smpai kan aku tkt2 nak keluar, pintu rumah pun sntiasa terkunci.. n about my baby.. now umur baby dh nak msok 4 month.. skarang dah pandai bgurau, bguling2 tym tidur.. so sweeett ..  hepi tgk baby mbesar dpn mata, xsbr nak tgu baby pandai meniarap, bjalan..

Sunday, May 1, 2011

my baby mcm2 ada

                                                                            bibir seksi



Wednesday, April 27, 2011

Ne-Yo - One In A Million

Busy nya akuuuuuu..

bz sangat smpai takde masa nak update blog plus malas.. 2 hari lagi aku nak pindah rumah baru kat lopeng. jd aku terpaksa la prepair apa yang patut.. letih tersangat la letih, family aku pun sm gak pindah area permy,jd kami tersangat2 lah bz.. tp bz aku ni sempat gak online.. stress, nak fikir mcm2.. perasaan aku skarang bercampur aduk runsing,sedeh.. runsing sbb byk benda nak aku uruskan lepas ni.. sdeh sbb family aku pindah jauh,lepas ni tinggal lah aku seorg kat rumah baru tu takde teman.. baby qish jer kot teman aku.. kalau kat sini adik aku teman aku cercakap,bergurau.. pas ni mmg aku sunyi..mesti aku rindu kat dia..daddy pun aku mesti rindu sbb dia seorang ayah yang caring pasal aku and cucu dia.. banyak tlg aku, terharu sangat..tak dapat diucapkan dgn kata2.. makyah pun skarang dah berubah byk, solat tak tinggal.. and aku dapat rasakan kami dah smakin rapat berbanding dulu aku msh kekok nak bcakap and bgurau dgn dia. dia byk jaga aku sepanjang aku pregnant,saat aku berpantang,jaga baby qishh.. aku dapat tgk yang dia syg sgt kat baby qish.. aku lebih suka bila org beri lebih perhatian kat baby qish.. supaya qish dapat merasa ksh syg yang mereka curahkan.. selama 4 bln aku hidup bersama mereka barulah aku tahu erti kekeluargaan yang sebenar.. maybe aku sebelum ni bawa haluan sendiri smpai xperasan semua tu..yang penting baby qish ,aku nak bg keselesaan,ksh syg spenuh nya.. mungkin aku msh mentah tp aku mesti berlajar berdikari walaupun aku kdg2 terfikir dapat ke tak aku jaga baby qish sendiri.. sdgkan muntah dah aku gelabah .. kat rumah baru nanti aku stay dgn mak mentua .. aku tak tahu lagi mcm mana keadaan kalau bercampur ni,aku harap takde masalah.. tp aku kekok sikit lah sbb tak biasa sgt ber campur dgn mak mentua ni,smpaikan aku dr dulu smpai skarang msh gak sebut nama panggilan dia "makcik".. tak beradab betul..haha~ entahla mayb aku byk mak kot.. aku harap slepas ni semua bjalan lbh lancar..aminnnnnnnnn....